SEJARAH
Sekolah
Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa 2 telah ditubuhkan pada 1 Jun 2001 dan mula
beroperasi secara rasmi pada 1 Julai
2001. Pada tahun pertama pembukaan,
jumlah muridhanya seramai 547 orang yang terdiri daripada murid Tingkatan Satu
dan Empat dari Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa.Manakala bilangan
tenaga pengajar pulaseramai 25 orang. Sebagaimana sekolah lain yang baru
dibuka, SMK Pengkalan Chepa 2 juga tidak dapat melepaskan diri daripada
menghadapi masalah kekurangan sumber fizikal, namun komitmen semua pihak telah
mengatasi segala kekurangan tersebut.
SMKPC2
telah dilengkapi dengan 36 bilik darjah , 6 bilik Makmal Sains, 1 bilik Makmal
Komputer, 1 bilik Muzik, 1 bilik Pendidikan Seni dan 1 bilik kerja untuk mata
pelajaran Lukisan Kejuruteraan. Bengkel
Kemahiran Hidup dan Bengkel Kerja
Teknologi Kejuruteraan pula terletak di
bangunan yang berhampiran dengan surau sekolah. Untuk kemudahan proses
pembelajaran dan pengajaran, mata pelajaran Bahasa, SMKPC2 dilengkapi dengan
sebuah Makmal Bahasa.
Pada
tahun 2006, Pendidikan Khas Integrasi diperkenalkan di SMKPC2 yang lebih fokus
kepada masalah pembelajaran. SMKPC2
mempunyai 3 orang guru Pendidikan Khas dan dibantu oleh seorang Pembantu
Pengurusan Murid. Aktiviti Pendidikan Khas Integrasi telah
disemarakkan dengan kedatangan Pengetua Pn. Hjh Setawa@Siti Hawa bt Mat pada
akhir tahun 2011, yang mana kemahiran mendobi telah diperkenalkan. Kemahiran mendobi telah mendapat sokongan
daripada warga SMKPC2. Pada tahun 2017, SMKPC2 telah menerima seorang Penolong
Kanan Pendidikan Khas, En. Azrol Azim bin Abdul Rahim. Program kemahiran juga
diperluaskan dengan memperkenalkan kemahiran usahawan masakan, mencuci
kenderaan dan bengkel membaiki motosikal.
Keperluan
untuk memenuhi Rukun Islam yang kedua juga tidak diabaikan oleh pihak kerajaan,
di mana sebuah surau yang boleh menampung seramai 200 orang telah dibina di
belakang blok Kemahiran Hidup, berhadapan dengan kantin sekolah. Pada 15 Ogos 2009, surau sekolah telah
dirasmikan oleh Ybhg. Dato’ Hj.Shukry b.Mohd Salleh, Pengarah Jabatan
Pembangunan Persekutuan (JPP) pada masa itu dan sekaligus dinaiktaraf masjid,
dan diberi nama Masjid Baitur Rahman. Pengetua
pada masa itu adalah Pn. Hjh. Norani bt. Mustapha.
SMKPC2
telah menempa pelbagai kejayaan bermula tahun 2001 hinggalah sekarang. Kejayaan yang dicapai, pasti tidak dapat dicapai
tanpa pimpinan seorang pengetua. Berikut
adalah senarai pengetua yang telah berkhidmat di sekolah ini;
i. Pn. Hjh. Rahmah bt. Hj. Abd Rahman 16 Mei 2001 - 31 Disember 2005
ii. En. Md Fauzi bin Md Noor 1 Mac 2006 - 31 Disember 2007
iii. Pn. Hjh Norani bt. Hj. Mustapha 1 Januari 2008 - 30 Jun 2011
iv. Pn. Hjh Setawa @ Siti Hawa bt. Mat 1 Sept 2011 - 31 Mei 2018
i. Pn. Hjh. Rahmah bt. Hj. Abd Rahman 16 Mei 2001 - 31 Disember 2005
ii. En. Md Fauzi bin Md Noor 1 Mac 2006 - 31 Disember 2007
iii. Pn. Hjh Norani bt. Hj. Mustapha 1 Januari 2008 - 30 Jun 2011
iv. Pn. Hjh Setawa @ Siti Hawa bt. Mat 1 Sept 2011 - 31 Mei 2018