
Program Ziarah Cakna pada kali ini ke rumah adik Nur Farisha Bt. Abdul Ghani di Kg. Baung, Pengkalan Chepa yang merupakan murid PPKI di SMK Pengkalan Chepa 2. Adik Farisha baru sahaja kehilangan ibu tersayang yang kembali ke Rahmatullah akibat kanser payu dara. Semoga adik Farisha tabah dengan ujian Allah dan dapat mengharungi hari-hari yang mendatang dengan tabah.