PIAGAM PELANGGAN
*Melaksanakan sistem pendidikan yang berkualiti berteraskan Falsafah Pendidikan Negara.
*Menyediakan pendidikan yang terbaik dan adil kepada semua pelajar tanpa mengira kebolehan, kedudukan dan latar belakang.
*Bertekad memberikan perkhidmatan yang cekap, tepat, berkualiti dan mesra pelanggan.
*Menyediakan kemudahan yang terbaik bagi membentuk suasana pembelajaran yang ceria, selasa dan selamat dalam memupuk budaya cintakan ilmu.
*Berusaha untuk menjana potensi individu supaya dapat mengembangkan bakat dan kebolehan diri supaya dapat melahirkan pelajar yang aktif, kreatif dan inovatif dalam kokurikulum.
*Melahirkan pelajar Pendidikan Khas yang berkemahiran, berdikari, berhaluan, boleh merancang dan mengurus kehidupan sendiri.
*Mendidik pelajar Pendidikan Khas dengan penuh kasih sayang dan memberi peluang pendidikan yang terbaik supaya dapat mengembangkan potensi individu secara optima.
*Mewujudkan hubungan yang berhemah dan harmonis dalam kalangan keluarga sekolah serta meningkatkan program memasyarakatkan sekolah.
*Memastikan penggunaan, penerokaan dan kemahiran dalam IT sentiasa dipertingkatkan di kalangan warga selaras dengan perkembangan dan kemajuan bidang tersebut.
*Mengoptimumkan penggunaan sumber untuk membangunkan kemenjadian murid dari segi kurikulum, kokurikulum dan pembangunan akhlak dan sahsiah.
*Meningkatkan mutu perkhidmatan guru-guru dan kakitangan melalui latihan dan kursus dari semasa ke semasa.
*Sentiasa bekerjasama dengan organisasi, jabatan kerajaan dan swasta serta individu bagi memantapkan jentera pentadbiran sekolah.
*Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pendapat, cadangan, syor dan teguran yang membina dari semua pihak demi kecemerlangan perkhidmatan kami dan akademik murid-murid.